Monday, 17 March 2014 0 comments

Options...

Kalau kite sedih, amiklah wudhu….solatlah sunat 2 rakaat…
Kalau hati kite tak tenang, amiklah wudhu…bacalah al quran…
Kalau kite sukar melelapkan mata…diri rasa tak keruan, amiklah wudhu…amalkan tahajjud…
Percayalah…Hidup tak semudah yg disangkakan…
Kadang2 segala ‘kebahagiaan’ yg kite rasai skang, bleh hilang dalam sekelip mata tanpa sebarang ‘amaran’.
Kadang2 kite rasa segala kedukaan/kesedihan yg kite hadapi tiada penghujungnya…berkekalan selama hayat kita…
Yang penting, selagi kite benyawa, tetapkan keimanan…jika kita pernah melalukan dosa, segera bertaubat…jangan terus bergelumang dgn dosa dan jgnlah kerana dosa yg pernah kite lakukan, kita tak mahu berubah…tak semua org jahat tu akan selamanya jahat dan tak semua org yg warak tu benar2 beriman…





Friday, 14 March 2014 0 comments

Life.....


Monday, 10 March 2014 0 comments

Kan best....

kan best kalo memori yg tak indah tu lenyap sekelip mata...
kan best kalo hati yg lara dpt sembuh sekelip mata....
kan best kalo setiap senyuman yg terukir tu mmg benar2 ikhlas dan bukan utk menutup segala kesedihan hati...
kan best kalo setiap kebahagiaan kekal buat selama2nya...
kan best kalo kesedihan itu hanya dtg sekali seumur hidup dan tidak berulang2 dgn pelbagai episod dan sketsa...

Itu semua mimpi....mimpi yg takkan menjadi kenyataan...setiap manusia mmg sentiasa mahukan rasa bahagia...tp tak semua manusia dapat mengecapi kebahagiaan yg diinginkan...selalu org berkata, ketika kite sedih, lihatlah org di bawah...mereka lebih perit dr kesedihan yg kite hadapi...tapi percayalah....hanya org yg merasai kesedihan tu yg tau bahawa kesedihan/keperitan yg sedang dilalui sangat sukar utk diubati....

Alangkah seronoknya kalau idop aku ni penuh dgn warna warni kehidupan yg menggembirakan....***in my dreamz U_U
Friday, 7 March 2014 0 comments

Istimewanya wanita...

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,

"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"      

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap yang telah aku ciptakan untuk wanita?"

Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".      

 Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"      

 Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."      

  "Untuk apa???", tanya malaikat.

  Tuhan melanjutkan,
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

   Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.    

     Allah S.W.T berfirman:          "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."    

    "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "    

     "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

        "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

        "Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."  

      "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."  

      "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

        "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."    

     "CINTANYA TANPA SYARAT."          *Allahuakbar... specially dedicated to Ibu. Ibu disana dan Ibu disini. Istimewanya seorang ibu, dan beruntungnya dijadikan sebagai seorg wanita.
0 comments

Redha dan berlapang dada…


Ucapan mcm ni adalah perkara normal dalam idop aku..belajar erti redha..belajar berlapang dada…nampak sgt senang…tp utk mereka yg benar2 diduga, 2 perkataan nilah yg sangat sukar untuk di apply kan…..sebagai manusia biasa, perempuan biasa, sekuat manalah keimanan mereka utk meredhakan sesuatu perkara…Tapi kerana iman juga, perempuan cuba untuk kuat meneruskan kehidupan…air mata mmg peneman setiap dugaan…dlm pada yg sama terus mencuba utk redha dan berlapang dada..bohonglah dlm sekelip mata perempuan akan redha…..redha akan memakan masa, hari, minggu, bulan malahan bleh spi bertahun…bukan kerana mereka tak redha…tapi mereka cuba..cuba mencari kekuatan dan semangat baru…utk redha dan berlapang dada…

Aku adalah salah seorang perempuan itu..yg terus mencuba…hanya 1 cara yg bleh membuatkan kite redha dan berlapang dada…terus mendekatkan diri kepada Allah…terus membaca ayat2 suci alquran, mengamalkan solat2 sunat utk mencari ketenangan rohani..berdoa tanpa henti walaupun kite tatau bile Allah akan makbulkan doa kite…kadang2 ade 1 perasaan…semakin kite berdoa, semakin kite diduga…betapa besar kuasa Allah utk melihat keimanan kite kepadaNya…aku mmg lemah….tp aku tetap berdoa..suatu ari nnt ape yg aku doakan termakbul…

Untuk kali ini, aku rasa tahap ketabahan semakin berkurang….terlalu lemah….dh takde daya…aku cuba berpk +ve mengatakan penguat aku hanyalah doa walaupun sebenarnye kadang2 aku rs doa aku tu hanya sia2…adakalanye aku rs mengalah dgn dugaan Allah…sbb aku dh tak berdaya nk lalui dugaan yg bertalu2…adakalanye aku rs give up utk berdoa kerana aku rasa mmg Allah nk biarkan aku terus diduga dan terseksa…Tatau kekuatan dari mana yg aku nak kumpulkan utk pulihkan semangat aku…yg aku minta adalah 1…ketenangan jiwa…




0 comments

Diam tak bererti lemah…mengalah tak bererti kalah…


Apabila 2 pihak bertelagah, pasti 1 pihak (A) akan memastikan dirinya akan menang walau dalam ape cara sekalipun…manakala pihak 1 lagi (B) walaupun cuba utk mempertahankan haknya, namun dek kerana A terlalu berani, terlalu memaksa…menggunakan segala kuasa vetor yg ada, demi utk memastikan keadaan tidak bertambah buruk, pihak B sanggup beralah…beralah bukan kerana kalah..beralah kerana rela diri dikorbankan demi kebahagiaan org lain…Pihak B terlalu byk berdiam diri even pihak A terus menyerang…bukan diam kerana lemah…tp diam kerana tak mahu mengusutkan keadaan…

Untuk mereka yg selalu menjadi pihak A, kebahagiaan di dunia hanyalah sementara…dan kerana terus dianiaya, pasti doa pihak B yg teraniaya akan dimakbulkan…


Thursday, 6 March 2014 0 comments

Saat aku di UJI

Agak bertahun tak membuka 'diari' aku ni...terlalu bz dgn life, kerja, baking dan anak2...coretan ini mungkin titik permulaan aku menjadi seorang yg berani meluah rasa....terlalu lama memendam rasa aku rs dh tiba masanye aku luahkan...

After being almost 3 years, now aku berani bersuara...setelah beberapa kali aku taip, delete, taip, delete...aku rs dh spi waktunye aku aku revealed kisah sebenar aku….bukan utk meminta simpati..tp aku tanak org keep wonder ape status aku sebenarnye…aku tau ramai kt luar sana tertanye2…for the first time, aku akui yg aku ibu tunggal kepada DnD…its not easy to reveal my status…aku keep berahsia tentang status aku sbb aku malu di gelar J mahupun ibu tunggal…aku rs sgt jijik ngn status tu…korang pn tau mcmana masyarakat sll memperkecilkan/memandang serong terhadap insan2 seperti aku…kenape baru skang aku nk bgtau? Maybe Allah lebih mengetahui…mungkin Dia membuka hati aku utk tidak terus berahsia…jgn tanye kenape semua ni terjadi pada aku…itu semua ketentuan Tuhan…aku tanak mengimbas kisah silam…cukup 3 tahun aku berahsia…cukup 3 tahun aku mengharungi segala kesusahan/kepayahan sebagai ibu tunggal…berbagai dugaan yg aku hadapi sampai aku hampir nak bunuh diri…

Even until today, aku terus diduga oleh Nya…mungkin kerana Allah terlalu menyayanyi aku…tak cukup aku diduga sebagai ibu tunggal, aku diduga dgn kehidupan…dgn hati….mungkin nasib tak menyebelahi aku….mungkin Allah nak aku terus meratap dan terus ‘berbicara’ dengannya…kawan2 selalu cakap, aku kena keep strong…aku kena tabah…aku kena kuat…aku cuba..cuba sedaya upaya…tp apelah daya aku sebagai perempuan biasa yg penuh kelemahan….aku cuba untuk redha…cuba untuk bersabar…tapi apalah daya aku utk terus berlakon, tersenyum seperti tiada apa2 berlaku…sebenarnye, aku semakin lemah…lemah dgn dunia…lemah dgn ragam manusia…

Aku berdoa, semoga ape yg telah aku lalui…dan akan aku lalui, dan segala dugaan yg mendatang, tak lagi melibatkan hati dan perasaan…sakitnya hanya aku yg tau…ya Allah aku pohon kepadaMu, tolonglah…tolonglah beri aku kekuatan…berikan aku kehidupan yg bahagia…aku tak sanggup menghadapi dugaanMu ya Allah..terlalu lama ko menduga aku….berilah aku sedikit kebahagiaan…amin….

Buat mereka yg sudi membaca, tolong jgn jadikan entry aku ni sebagai peluang utk korang mengata/memperlekehkan aku…its not easy to be me…kekuatan aku sebenarnye terletak pada DnD…tp adakalanya aku rebah jugak kerana tak tahan dgn dugaan yg aku lalui…doakan semoga ade sinar bahagia utk kami anak beranak…



 
;